~

Sunday, 29 September 2013

PERADUAN MENULIS PUISI

PERADUAN MENULIS PUISI SEMPENA KONGRES PENYAIR SEDUNIA KE-33, DI IPOH 20 - 26 OKTOBER 2013
DENGAN TEMA
"1 DUNIA MENERUSI PUISI"

Penyair Malaysia dipelawa menyertai pertandingan di atas bagi memeriahkan Kongres Penyair Sedunia ke-33 sekali gus memilih dua orang pemenang yang akan ditaja ke Kongres Penyair Sedunia ke-34 di Lima, Peru pada tahun 2014 sebagai peserta. Ini bermakna hadiah kemenangan a
dalah berbentuk tajaan berupa tiket kapal terbang, bayaran penyertaan dan penginapan.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

Peraduan ini terbuka bagi karya yang ditulis dalam bahasa Melayu sahaja

Ditulis oleh warganegara Malaysia yang berada di dalam atau di luar negara yang berumur 17 tahun dan ke atas.

Karya-karya mestilah asli, bukan terjemahan, saduran, penyesuaian atau apa jua pengertian yang boleh menyebabkan karya itu tidak asli.

Puisi yang dimaksudkan bagi tujuan peraduan ini ialah "puisi moden"

Karya menggunakan tema "1 Dunia Menerusi Puisi"

Karya yang menang akan menjadi milik penganjur selama dua tahun bermula dari tarikh ia diumumkan

Peserta boleh menghantar tidak lebih daripada dua (2) buah sajak sahaja
Panjang setiap puisi tidak kurang daripada 20 baris tetapi tidak melebihi 40 baris

Nama peserta tidak diletak bersekali dengan sajak (hanya di Borang)

Hadiah berbentuk Sijil dan Tajaan untuk menyertai Kongres Penyair Sedunia Ke-34 di Lima, Peru pada tahun 2014. Hadiah tajaan ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai

PANEL PENILAI

• Panel Penilai akan dilantik oleh Sekretariat Kongres Sedunia (Peraduan Menulis Puisi)
• Panel Penilai terdiri daripada para sarjana, sasterawan dan mereka yang arif dalam bidang ini
• Sasterawan Negara dan Ahli Panel Peraduan Menulis Puisi tidak dibenarkan menyertai peraduan ini
TEMPOH PERADUAN

Peraduan ini terbuka mulai 1.10.2013 dan ditutup pada 14 Oktober 2013. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada 25.10.2013.

Sekretariat Kongres Penyair Sedunia Ke-33
(PERADUAN MENULIS PUISI)
Ipoh

No comments:

Post a Comment

NAMA PENUH:
NAMA PENA:
GELARAN:
NO. KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
UMUR:
PEKERJAAN:
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
NO. TELEFON PEJABAT:
NO. TELEFON BIMBIT:
NO. TELEFON RUMAH:
FAKSIMILI:
ALAMAT EMEL:
SERTAKAN PUISI DI SINI:
Saya dengan ini mengesahkan karya tersebut adalah karya asli saya dan saya mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Sekretariat Kongres Penyair Sedunia Ke-33 (Pertandingan Menulis Puisi) Setuju
Tidak setuju

Form provided by Freedback.